Thursday, October 29, 2015

Pautan Ke HRMIS 1 & 2


HRMIS 1 sesuai dibuka menggunakan Internet Explorer
HRMIS 2 sesuai dibuka melalui Google Chrome / Mozilla Firefox


LINK


LADAP HRMIS 2015

 Cara pengisian dan penggunaan HRMIS diberi oleh En. Nasir kepada semua warga SK Beruas

LAMPIRAN 'A' DAN 'E' KEBENARAN PENERIMAAN HADIAH OLEH PEGAWAI AWAM

Semua Warga Pendidikan Negeri Perak

Tuan,

LAMPIRAN 'A' DAN 'E' KEBENARAN PENERIMAAN HADIAH OLEH PEGAWAI AWAM

Berikut di lampirkan Lampiran A dan E bagi Kebenaran Penerimaan Hadiah oleh Pegawai Awam.

Unit Perolehan dan Pengurusan Aset,
Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan

MUAT TURUN
Lampiran A 57 kB
Lampiran E 31 kB

Friday, February 27, 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG 2015

MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SEKOLAH KEB. BERUAS
KALI  KE - 41
                     
Perasmian Oleh  
YB  Datuk Hj. Azhar b Ahmad
Pegawai Khas Menteri Besar 
Perak Darul Ridzuan

Wednesday, February 25, 2015

BUNTING MANJUNG TIGA TERBAIK

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

Kepada semua Pengetua dan Guru Besar
Sila download Bunting Manjung Tiga Terbaik di Muat Turun 2 Folder Pengurusan Sekolah.
Atau klik di sini :


Harap Maklum
Terima Kasih

Tuesday, February 24, 2015

KURSUS PEMBINAAN BLOG SEKOLAH


TARIKH: 24-25 FEBRUARI 2015
MASA: 8.00 AM - 5.00 PM
LOKASI : WAR ROOM

KURSUS DI SAMPAIKAN OLEH JURUTEKNIK KOMPUTER SEKOLAH DAERAH MANJUNG. KURSUS INI BAGI MENYELARASKAN PEMBINAAN BLOG-BLOG SEKOLAH DAERAH MANJUNG.




Monday, February 23, 2015

PERLANCARAN PROGRAM NILAM



 PERLANCARAN PROGRAM NADI ILMU AMALAN MEMBACA (NILAM) JOM BACA
Majlis dirasmikan oleh Guru Besar SK Beruas En. Aminudin Bin Dahalan

Wednesday, February 11, 2015

UPSR 2015

Semoga anak-anak SK Beruas dipermudahkan dalam menjawab soalan UPSR tahun ini
.
Ya Allah..tunjukilah kami jalan yang lurus iaitu jalan orang2 yang Kau kurniakan nikmat kepada mereka... bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Selain usaha,doa merupakan senjata yang perlu digunakan dalam mencapai cita-cita.berikut diberikan beberapa doa yang boleh diamalkan mengikut kesesuaian masa dan keadaan.

Doa penerang hati

اَللَّهُمَ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ  رَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَاحِمِينَ

Ertinya:Ya Allah,bukakanlah kepada kami hikmah Engkau dan tunjukkan khazanah-khazanah dan rahmatkan kami wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Pelajar-pelajar boleh membaca doa ini ketika berada di dewan peperiksaan dan lebih afdal atau sebaik-baiknya mengadap kiblat. Doa ini hendaklah di baca sebelum menjawab soalan-soalan periksaan.

Friday, January 23, 2015

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2015

Salam Maulidu Rasul, Selawat dan salam buat nabi junjungan Muhammad S.A.W

Kelahiran

Baginda lahir dari Keturunan Quraisy (Bahasa Arab قريش). Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahab, adalah anak perempuan kepada Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.

Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim piatu. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah حلمة السعديه di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).

Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran

Thursday, January 15, 2015

PENYAMPAIAN BANTUAN PERSEKOLAHAN



Majlis dihadiri oleh Dato Manaf dan En Asma Zaki, Dato Manaf telah menyumbang sebanyak RM5000 kepada pihak sekolah di majlis kali ini. Ribuan terima kasih kami ucapkan

Selamat Kembali BerPDPR