Tuesday, July 19, 2016

SELAMAT MENDUDUKI UPSR 2016


Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan
Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa
kami, dosa saudara mara kami,
dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa
semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di
akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa
bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang
sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah
apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah
yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Ikhlaskan hati para pelajar kami untuk mempelajari ilmu
Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka
lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata
mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka
memahami apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika
mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada
mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.
Peliharalah kesihatan pelajar-pelajar kami. Permudahkanlah mereka menjawab
soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan
kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah
mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika
menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati
mereka untuk menjawab setiap soalan.

Ya Allah,
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mereka. Mudah-mudahan dengan keputusan
yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia
sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba
Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada
Mu.

Jadikanlah pelajar-pelajar kami pelajar yang cemerlang ya
Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.
Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak para pelajar kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang
dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat
mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat
mazmumah dalam diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah para pelajar kami pemimpin
di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah,
Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di
akhirat.

Ya Allah,
Jadikanlah pelajar kami pelajar yang soleh ya Allah. Yang
menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah.
Jadikanlah para pelajar kami ahli syurga ya Allah.
Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan
amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah.
Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan
amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.
Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat.
Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara
perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon
kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami
meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang
menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana
Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini.
Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin


*Doa dipetik dari Sekolah Rendah Islam Pintar, Seri Alam

Selamat Kembali BerPDPR